0

Antara KK dan Sandakan..

Assalamualaikum...
sekali lagi cik Biet datang menyerang blog ni. Cik Kuch senyap terus. Beliau sibuk kot. 
Izinkan sekali lagi nak guna bahasa diri sebgai 'aku' je untuk post kali ini. hehe

Antara KK dan Sandakan...Apa kena mengena dengan dua tempat ni? hehe. Sebelum tu aku nak sentuh sikit pasal kejadian yang berlaku di bumi Sabah di mana aku berada sekarang. Di Lahad Datu yang mana around 2,3 jam perjalanan je dari Sandakan telah diserang oleh orang selatan Filipina ataupun orang Sulu yang ingin menuntut sabah. Katanya Sabah hak mereka. Ada la kisah-kisah dulu yang berlaku pada zaman sebelum British mai lagi menyebabkan Sabah dah menjadi hak Malaysia sekarang. Ni sekarang nak mai mitak buat xmalu pulak. Xtau la sape yang betul dan salah, wallahua'lam tapi Sabah memang milik Malaysia. Jangan la mai nak amik, aku sayang Sabah.




Apa2 pun, aku xmau sentuh sangat isu ni. Biarkan yang lebih arif menyelesaikannya. Namun, mai la sama2 kita berdoa semoga ALLAH terus jaga Sabah. Dan tak lupa Al-Fatihah untuk parajurit2 yang terkorban dalam mempertahankan negeri berdaulat ni.


Apa kena mengena isu Lahad Datu dengan antara KK dan Sandakan tu? haa...nak cite la ni..hehe...


Disebabkan Sandakan yang kedudukannya yang boleh dikatakan dekat dengan tempat kejadian dan Sandakan juga dikatakan sasaran bagi puak2 Sulu tu, maka kami ni agak duduk dalam ketakutan. Seminggu dari tarikh LD diserang, sejak itu kami tak tenang. Hanya ALLAH je yang tahu kegelisahan ni. Tido malam xbasah, mandi xlena, tapi makan banyak. hehe.. 


Ada parents yang paksa suruh anak-anak balik. Parents aku juga terbaik. Lost~ lambat informasi. Aku pulak yang tukang call dorang cakapa apa yang berlaku. hehe. Sebab umi xtngok berita. Internet pulak xpandai. Mula lah ketinggalan mereka tu. Abang aku je la yang call suruh jaga diri baik2.. Huhu so adorablee..... 

Tapi hikmah ujian ni ialah, ramai kawan2 dan saudara mara pakat2 mai tanya khabar. Pakat2 runsing. Pakat2 kalut sedangkan kita kat sini Tak ada apa-apa pun. Yang jadi takut kejap tu sebab macam2 khabar angin yang sampai. Tembak sana la..Tembak sini la padahal xde apa2 pun. hik3.

Jadi disebabkan itu, maka katanya kafe akan mengalami gangguan makanan dlam masa yg tertentu. Jadi, untuk menyelamatkan perut2 pelajar SPL yang sentiasa lapar ni, maka pihak pentadbiran UMS mengambil keputusan untuk pindahkan kami ke KK.

Bayangkan, tengah syok2 duk dalam bilik, (kalau xsilap baru bangun tido masa tu. Hajat nak qailullah la tapi innalillah terus...-_-) bangun2 je, lepas sembahyang Zohor tetiba serentak aku dan rumate dapat call kata suruh berkumpul di kafe sekarang jugak. Dengan penuh ke'blur'ran maka pergilah kami. Memang sume kena berkumpul kat kafe dan semua nampak kalut. Khabar-khabar angin mula merebak. Katanya Sulu dah tawan sandakan bagai la. Ada kata kami boleh balik. Terfikir juga.. nak balik? Secepat tu? Ada tiketkah? Or pesawat tentera akan mai kutip kami?(jauh x fikirnya tu.)..n ada juga yang kata kami kena pindah KK. Ingat KK, terus lemah semangat. Ingat kejadian dulu la. Aiseymenn,

Dengan penuh takzimnya maka timbalan dekan pun umumkan bahawa kami kena pergi KK. Memang riuh la..Ramai yang bangkang. Bangkang dari longkang..Ups! hehe
Yang lagi xtahan, masa tu dalam pukul 2.30 petang, kami diberi masa sampai 3.30 petang untuk bersiap dan bertolak lo ni jugak haihhh. Dalam fikiran aku masa tu, nak kelikk!! Xsanggup nak duk KK..
dalam sejam smua ni tersedia..

Dalam2 ckap nak balik tu, kaki tetap berjalan menuju ke bilik. Dalam sekelip mata, aku berjaya mengosongkan meja study, sumbat apa yang patut dalam beg dan sebagainya. Bangga jugak aku boleh buat sume tu. Telefon umi mintak pendapat, umi kata pergi KK dulu then bincang apa yang patut.






kalut melalut di kafe
           





ada tandas...exited!

Maka naik la kami ke atas bas. 10 bas disewa untuk angkut semua. Bukan kami student ni je. Staf dan pensyarah pun sekali. Naik bas ikut num rumah maka terlemparlah kami atas bas num 5. Sekali dengan ahli rumah aku ialah Basyiroh, Danny, Fiqa dan Lina. Kami duk belakang bas. Apa lagi, buat bas macam bas bapak sendiri. Lebih2 lagi exited bas tu ada toilet kat belakang..haha...



10 bas tu bergerak sama2..memang bergerak ikut turn num. Paling syok, PDRM iring kami. Dengan m16, kereta siren bagai..huishh.. anak PM pun xpernah rasa macam kami rasa ni rasanya. Masa tu terfikir juga, sampai macam ni sekali nak pindahkan kami, adakah Sabah dah makin teruk? Allahu Rabbi...:'(



babai SPL



konvoi gather2..best


abang PDRM yg iring kami...terimas bnyak2....=)


Perjalanan yang memakan masa 8 jam juga ni amat2 la buat kami penat. Sumpah terkejut dan terkeliru...Sampai2 je jumpe dekan n HEP.. lepas tu kami dibahagi-bahagikan mengikut bas untuk berada di kolej kediaman. Bas aku terlempar ke Kolej Kediaman Kingfisher yang terletak di luar kampus. Tak kisah la kat mana asal kami boleh keluar. Aku yang pada awalnya hajat nak balik ke semenanjung tiba2 rasa tak jadi. tengok tempat tinggal macam ok. Apa kata teruskan je hidup kat KK ni? kata nak rasa life campus kan? hehe...
Nak tau pengalaman seterusnya, nanti la post baru aku cite InsyaALLAH




check in kat KF..Pkul 12 lbih dah masa ni,,penat


Sebelum tu nak minta maaf. mungkin ada yang xselesa cerita ni aku abadikan dlam blog ni. Namun isu ni dah lama, aku harap xmemudaratkan sape2 ya...
0

langkah tercipta

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan





Lagu yang dipopularkan oleh UNIC bertajuk Langkah Tercipta... Lagu yang penuh nostalgia. dua kali lagu ni pernah betul2 meresap dlam hati ni.. Pertama kali masa follow group usrah BROTHERHOOD masa kat matrik dulu mendaki bukit taman negara Pulau Pinang...time penat giler bertekad duk daki bukit tu, terdengar lagu ni dlam MP3...mmg kena la bila sampai part "Allah, inginku hentikan langkah ini...".. hehe... apa2 pun lagu ni buat aku bersmngat habiskan jua last2 aku antara yg terawal sampai ke destinasi..

kedua, ketika orientasi di UMS KK....penderitaan yg paling padu untuk aku bila kena berjalan hostel hingga ke dewan canselor yg agak2 nak sampai 2km mungkin....huishh..dah la berbukit..mmg menangis xberlagu la... last2 lagu ni keluar...mmg rasa nak brek je...keluar UMS...hehe...melampau pulak..

Namun lagu ni sekarang agak la bermain2 di dikiran dan jadi 'lagu tema' hidup aku sekarang....

mengapa? sebb aku kadg2 rasa mcam ALLAH xmakbulkan apa yang aku nak. yup betul aku nak datang ke Sabah. namun xterfikir ke Sandakan... Bila aku termenung kat tepi tingkap bilik aku ni, aku lihat di luar (eceh jadi jiwang pulak)..sunyi.. lamsum xde perasaan 'life campus' itu. seronok tengok kawan2 duk cite2 n amik gambar kat kampus mereka..nampak hidup tau..sangat hidup tapi aku kat sini....

Apa nak buat sume xde..aku ingat lagi ada org ckap, life di universiti, adalah life dimana sume benda anda boleh cuba.. berminat nak main alat muzik, inilah masanya...nak berkawan ngan perlbagai bangsa, ni la masanya.. nak bersukan main apa2 je, nilah masanya... nak mencipta pelbagai kenangan, ni la masanya...yang penting, paling aku ingat..nak join persatuan dakwah n aktiviti2 keagamaan, Inilah masanya!

TETAPI...

aku nak pilih masuk persatuan aku nak, xde... aku nak main sukan yg aku nak, tempat xde...aku nak lepak2 kat library, xde... aku nak berseorangan kat masjid, xde tempat... T_T

aku faham, tempat aku masih baru...tapi jiwa aku dahagakan apa yg aku impikan selama ini... petikan lirik lagu ini yg berbunyi

"Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian.."


sangat kena. aku memilih 5 pilihan rasanya dari 8 pilihan UPU untuk ke UMS...tapi aku diletakkan di sandakan.. 



suara hati yang aku luahkan ni xbermakna aku marah diletakkan di sana. ni sume kerja ALLAH. aku xdapat nak menolak atau menyalahkanNYA... ALLAH tahu apa yang terbaik untuk aku, dia berikan aku apa yg aku perlu bukan yg aku nak...

kekecewaan ini aku pendam. aku nak luahkan kat sape..hanya ALLAH sahaja yg tahu.. namun sekrg aku berani masukkan luahan ni dlam MEDAN DUA JIWA kerana hati aku dah okey sekarang. 

Sebab, ALLAH dah rancang yg terbaik buat aku... banyak benda aku fikirkan agar fikiran aku dan jiwa aku kembali normal..

hakikatnya, aku dipertemukan dengan sesuatu yang aku xsangka dan tak pernah fikirpun aku akan dapatkannya. terima kasih kepada ALLAH, DIA yang rancang segala-galanya... ALLAH xkan biarkan kita sedih selama-lamanya selagi kita berharap padaNya... dalam aku yg sering melupakanNYA pun, DIA tetap tolong aku dalam bertahan di tempat ini.. 

ish...sedih pulak...nak menitis airmata... apatah lagi dalam mp3 yg duk dengar sekrang ni dia mainkan lagu Nice-Sesekali Diuji

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang



sob2...
Apapun, ALLAH tetap terBest.... Semoga perasaan ini terus kekal. Sesekali diuji untuk terus mengukuhkan iman dalam mengharungi Langkah tercipta... InsyaALLAH....


0

Sekolah Pertanian Lestari?

Assalamualaikum w.b.t..
Akhirnya cik Biet kembali lagi setelah lama menghilang....ada org rindu x? *padahal xde org baca pun..saje je gedik budak ni...hehe...
Hari ni cik Beit xmau guna perkataan Cik Biet dlam mewakili diri ini...Cik Biet nak guna 'aku'...boleh? hehe....
Okey, today aku nak cite pasal UMS sandakan...tempat dimana aku belajar sekrang...
UMS Sandakan ni merupakan cawangan2 UMS yg ada di Sabah ni... induk di KK..satu di Labuan dan satu lagi di Sandakan ni. Dalam UMS Sandakan ni just ada satu kampus...Kat sini kami xpanggil kampus, kami kat sini panggil Sekolah...Sekolah yg ada kat sini ialah Sekolah Pertanian Lestari (SPL)....Dalam SPL ni pulak ada tiga program (kos) iaitu Pengeluaran Tanaman (HG34), Hortikultur dan Landskap (HG35), dan Pengeluaran Ternakan (HG36).. Eceh, dengan detailnya aku menrengkannya..Mana la tahu lepas ni ada junior2 nak masuk sini nak cari maklumat pasal SPL, boleh la tahu kat sini...
Kalau dibandingkan SPL dngan induk sana, anda akan lebih menyukai induk la sebb duk situ baru rasa apa tu life campus... tapi, jika anda melihat tempat penginapan SPL dan induk, akan akan menyayangi SPL dengan lebih2 lagi..hehe.. kenapa? malas la nak kutuk2...dua2 UMS aku sayang tpi sbbkan SPL ni bru je bukak tahun 2011 (ke 2012?) jdi facilities dia baru2 la..bilik pun besr..tambahan pula student xramai...mmg best la...
Walaupun berada di sandakan, yg didakwa pedalaman oleh kebnyakan org ramai, ada je kelbihan2nya berada di sini... Kita masuk kelebihan dulu ye..

1) - Bilik bosau... bukan bilik dia bagi..tapi rumah..dalm rumah tu ada 3 bilik. setiap bilik 4 org duk situ.. xpenuh pun dlam bilik2 tu.. Kalau mcm umah kami, dulu ada senior sekarang senior dah keluar maka rumah tu just ada 4 org budak 1st year..seronok x? Koz of la... buat macam rumah bapak sndiri..huhu


ni hostel dari luar
ni ruang tamu..wutt2...boleh main badminton


okey, ni bilik..
biasanya kalau budak induk mai, mereka akan menjerit bila tngok bilik ni
kenapa? hehe



2) - Bilik kuliah seberang jalan je ngan asrama - yang ni paling best..kalau di induk, anda kena turun awal bagi menunggu bas dari asrama ke sekolah masing2 tapi kat sini, hehe...5 minit je jalan nak sampai ke kuliah.. kelas pukul 8 pagi, bangun pukul 7.30 pagi pun sempat sangat2 ke kelas. huhu...


di sebelah kiri tu hostel...lintas jalan sebelah kanan tu dewan kuliah,
pentadbiran, bilik tutor sume ada..
*gambar tempat pentadbirn xnmpak ye. yg kecik tu rumah pakguard.. jngan salah sangka pulak


3) - jauh dari bandar - jauh di sini bermaksud bukan la duk dalam ceruk hutan...bandar dekat je...around 20 minit juga la. Siap ada bas lagi tolong bawak kita pi sana. Giant pun ada. Tapi sekeliling SPL ni xsibuk dan ada perkampungan. xde la kampung sangat, sebelah SPL ada sekolah teknik..sebelah lagi ada MRSM Sandakan..Di sini ingin ditekankan bhawa anda xperlu risau duit bnyak habis. Kalau induk, kompleks membeli belah paling besr di sabah terletak sebelah je ngan UMS...dah la bapak mahal lam tu... n kalau tngok dlam post2 yg terdahulu, aku penah mention nama beliau. nama shopping mall tu ialah 1Borneo... n aku pernah bgtau aku xmau menjejakkan kaki ke sini lagi.

sini pun ada mall juga...bukan xde lamsum..
mall tepi laut lagi...



4) - Ukhuwah fillah - yang ni pun syok..disebabkan population pelajar dlam tu xsampai 400 org je pun, maka senang sangat nak kenal ngan sume org. Mmg boleh cam la dari senior year 4 sampai la ke junior year 1.. n kitorang boleh dikatakan rapat. sebb majoriti kenal sume.


n banyak la lagi..hehe. Tapi kekurangannya still ada. kekurangn tu xlain dan xbukan sbb tempat ni masih baru so xsume facilities lengkap...contohnya kat kafe n library xlengkap sngat.mcm tu la...ada pro n kontranya. apa2 pun, bersyukur dapat berada di sini. walaupun ALLAH xbagi apa yg aku nak, tapi ALLAH bagi apa yg aku perlu..xpela, teruskan je..ada sebb ALLAH letak aku disini..kan? sape yg nak melanjutkan pegajian di sini, amatlah dialu-alukan....^_^
0

Halloo~~

Assalamualaikum n salam 1Malaysia xbest! salam terawal dan terakhir,,...hehe
well, setelah 9 bulan saya, Cik Biet menghilangkan diri, tetiba mai mood nak update blog ni.. kesian la dia.. bersemak, bersepah semua ada...hak3..

Last sekali cik Biet post lam blog ni, masa tu cik Biet masih lagi dekat KMPP...sekarang, cik Biet post balik, dah berada kat UMS (Universiti Malaysia Sabah)..teruk nor perangai...berbulan-bulan cuti habis matrik langsung xmengupdate blog ni...Bukan apa, ada sangat cite tapi bila vitamin M melekat lam diri, xleh nak cakap apa la kan...hehe..

Alang-alang dah berada di bumi sabah ni.. meh la cik Biet nak cite sikit pengamaman pengalaman berada di bumi bawah bayu ni. Koz of la gumbira sebab xpenah datang ke bumi Sabah ni kan. Terasa macam pi obersea pulak. walaupun xberapa nak obersea tapi dapat la perasaan tu. Masa nak naik flight, seronok sangat. Time kat LCCT dapat jumpa 2 orang kawan FB yang selama ni kenal kot Majlis Ilmu je. seronok sangat2 tapi kami xsempat nak jumpe n borak lama2...Lain kali la Angah dan Umari ye..InsyaALLAH..

Naik flight ngan kawan. Malam punya flight. Sampai kat UMS KK lebih kurang pkul 12 tengahmalam.. Campur dengan sesat pukul 1 aku sampai bilik. Penat xpayah cite la. Tempat tu berbukit campur pulak dengan barang cik Biet yang macam nak pi haji ni. huh! Tapi mental cik Biet betol2 down sbb malam tu cik Biet dapat tahu bahawa sebenarnya cik Biet punya tempat bukan di UMS Kota Kinabalu ni, tapi kat UMS Sandakan! Oh My Gucci! Sandakan? Kami kat KK seminggu untuk orientasi...La...Kenapa xhabaq awal2 dalam surat tawaran or apa2? kenapa? aiyoo...mentally traumatized jap..hak3

Setelah cik Biet bagitau kawan2 cik Biet yg cik Biet dapat kat Sandakan, sume cakap cik Biet bernasib baik..Sebab Sandakan tu kampus baru. masa tu terubat la sikit jiwa cik Biet .hehe.. Aktiviti orientasi kat sana mmg penat. Penat kenapa? penat kena jalan. Dia buat aktiviti dekat Dewan Canselor...kami kena jalan dari tempat kediaman ke DC tu..jauh giler! cramp xpasal2 kaki..isk3.. hari kedua, rasa nak je merayu, tolong la hantar kami balik Sandakan. Penat~~

Selain penat, ini juga satu cabaran untuk cik Biet.. di tempat baru, kita kena cari kawan.. untuk seketika cik Biet rasa sunyi sangat...sangat2 sunyi.. cik Biet susah gak nak buat kawan sebenarnya.. kesian kan kat cik Biet...isk3... tapi ALLAH tu maha penyayang....dia xkan biarkan hambaNya kesorangan.. ada je Dia hantar kawan2 yang baik hati yang selalu memberi semngat pada cik Biet melalui SMS dan panggilan.. thanks ALLAH..thanks sahabat.. 

seminggu ni juga xde sape tau cik Biet sebenarnya ada masalah... cik Biet benci betul bila teringat perkataan 1 Borneo.. Cik Biet sudah bersumpah kalau boleh cik Biet xmau jejakkan kaki lagi ke sana. Xmau dah pergi! iyarghh! *tetiba emo..

Walaubagaimanapun, seminggu di KK tu, ada je kenangan tertentu yang boleh cik Biet jadikan kenangan...terima kasih kepada Nazihah, my seminggu rumate... susah senang seminggu di sana harap jangan dilupai..hehe (Sekarang Nazihah dah balik semenanjung semula..dapat kos lain..). 
kini cik Biet di Sandakan..macamna dengan sandakan? cik Biet cite lain kali la ye.. ngantuk sudah... terimas...Assalamualaikum...=)

*ni ada gambar sikit.. malas pulak nak baiki... pandai2 la pusing sendiri ye...hehe



saya dah jadi pelajar UMS..yey!

Dewan Canselor dia...cantik kan?



UMS KK ni ada pantai...

Pandangan dari bilik...

Bilik cik Biet...no komen

0

Serikkk!!!

20/01/2012..
Beriyanya hati ni boleh balik rumah....Jarang aku boleh rasa mcam ni.. Selalunya takdek feelin nak balik tapi kali ni memang rasa nak balik tu meronta-ronta ke hujung kaki.. Stress kot duk KMPP..Apa yang stress pun aku tak tau.. Nak kata study, tak pun..hahaha..

21/01/2012
Kul 1 pagi lebih aku sampai KB...hik3...xyah cakp la ke'exited'an hatiku ni..Balik rumah, rehat sampai pagi tu... Tengah rilek2 tetiba umi aku kata, "Kakak,malam esok kita balik Pahang. Naik train"..
WHAT!!! 
Aduh...baru nak rilek2 kat rumah kena p Pahang la pulak.. Mok ma sakit..terpaksa la.. Papa pulak cuti kejap je, so xleh hantar..Tapi papa akan p amik kitorang nanti. Dengar naik train tu, tahap ke'exited'an meningkat la jugak...lama xnaik train.. Last aku darjah 4 kot..skang dah matrik dah... So,jom la enjoy jap...

22/01/2012
Bukak mata je umi dah ajak p KK (Kota Kinabalu eh! Kubang Kerian)...Umi suh cari barang2 untuk wat balik KMPP ni..Aku tanya nape. Umi kata kita balik Kelantan balik hari Jumaat. Hari Sabtu aku dah nak g KMPP balik, so kena cari barang terus skang... WHAT!!! 
tu dio..masa cutiku di Pahang.... TIDAKKKK!!!!!!!!

Balik KK, papa dah stand by kat depan pintu.. dengan tegasnya beliau bertutur
"By hook, by crook or by cook, lepas Asar kena bertolak dah ke stesyen ketapi.." (ayat kat depan tu aku tambah sendiri. Pinjam ayat cikgu Suhaimi jap..hehe). Aku pun, dengan nada pecutan 181km/j terus berkemas sbb masa tu dah pkul 3 lebih.. Sebenarnya, xde pepe pun nak dikemaskan sebab baju dari KMPP pun xkuar lagi dari beg, so terus angkat yang tu la... Beg sama turun bas dari KMPP, akan mendaki train dengan aku jugak...hik3..

Tepat jam 7.45 malam, ketapi sampai.. Tahukah anda, ketapi ni dia berhenti dua minit je setiap stesyen? so, bila dah sampai, dengan tahap pecut gear lima, umi aku n papa aku bawak naik barang kat train.. Nak jadikan cite, dasyat tak dasyat, kitorang dah la boleh gerabak yg paling last, boleh pulak seat paling last....Terbaik~ 
Barang pulak banyak. sabar je la aku ni. Papa wat naik barang sampai pintu je, pastu terus turun.. Yela, kan ngan papa sekali dia angkut p Pahang, masak la.. So, ngan muka seposen aku angkat la semua barang ke tempat terhormat di belakang tu..... Masa tu baru terfikir. Kami ni bertiga-AKU, UMI n KIMI.. Mesti la seat 3 je.. Adik aku mesti nak duk ngan Umi aku...so, aku duk sorang la? or lebih tepat lagi, aku kena duk ngan orang lain la??? Sampai je ditempat tersebut, aku mendapat monkey shock pabila gerabak yang belakang tu, kat bahagian belakang tu memang lelaki je sume.. Lelaki yang muka, alamak! Lagi menakutkan, seat yang sepatutnya aku duk ngan orang lain tu, bila aku tengok orang sebelah dia, nak luluh jantung. Mamat siam melayu Rantau Panjang; rambut ala2 k-pop basi..bibir itam dek merokok, baju xyah cakap...Muka lagi la.. 

Siyes aku nak menangis masa tu.. Sekeliling tu sume gang dia.. Aku nak duduk ngan org camtu? no way! aku berdiri je...wat2 simpan barang ngan umi..Kimi dah duduk kat seat dia. Tetiba umi suh aku duk ngan Kimi n umi pergi duduk ngan mamat tuh. Rupanya umi pun xrela anak daranya duk ngan mamat tuh. Fuh selamat.. Mamat tu pulak, bila umi aku g duk tepi dia, cepat2 dia bangun...Pastu menghilang tah ke mana... ahaha.. xnak duk ngan orang tua upanya... 

Ni aku geram. Ada mangkuk dua orang depan aku ni. bajet hensem la pulak.. Ada yang sorang ni siap pakai spek mata hitam lagi. Apa kejadah la duk pakai spek itam malam2 lam train?? aduhai.. Yang tu xpe lagi, yang paling geram, kejap2 pandang belakang kejap2 pandang belakang. Tahulah aku cantik (kan xpasal2 aku perasan).. Yela, aku seat paling last, xde orang dah belakang aku. so, memang dia tngok aku.. Aku rimas nak muntah siyesly... ALLAH je tahu btapa serabutnya aku masa tu.. Cepatlah sampai Pahang!!!

Disebabkan mamat tu dah xduk sebelah umi aku, maka adik aku pun pergi la duk ngan Umi aku..so, aku duk sorang2 la...huhu sonok... Tetapi, keseronokkan aku setakat sejam je...Tetiba mamat tuh datang balik!
dia tngok tempat duduk dia adik aku duk, so, dengan selambenya duk tepi aku....ya ALLAH!!!
Isk3...aku tutup mata, pasang mp3 n paksa diri untk tido...Tapi xleh...=( 

Mamat tu paham rasanya aku tak selesa duk ngan lelaki. Kejap pastu dia bangun n p mana tah..fuh selamat.. then, aku xingt apa2 dah..Bukak2 mata, dah sampai... Syukur Alhamdulillah.......

Aku xpernah stension tu naik train... Tobat rasanya xnak naik lagi.................



0

Tahun baru?? hampehh n kelokk



Okey....orang sume duk sibuk2 ngan tahun baru....azam baru la...baju baru la....bla..bla...
Aku pun dah naik serabut dah..haha

Cik Kuch pun semangat sampai bertukar terus MEDAN DUA JIWA nih...
Masa aku duk tersengih depan dewan kuliah, tetiba Cik Kuch menghantar SMS yang berbunyik

"Aku dah upgrade sikit2 blog tu.. mum bla..bla..bla..."

Aku ye kan je la...haha.... Balik je, bukak blog.. Tu diaaaaaaaa.... Mak aih. Terperanjat Boboi.... upgrade ckit la sangat.. tertukar terus kot....huh

Okeyla, biarlah...semngat tahun baru yang sangat membuak2 itu bagus la..... Xdelah bosan duk menatap mende sma je tiap masa.... Untong lar.. Sume org happy sempena tahun baru ni.. Even kita sebagai umat ISLAM xdigalakkan mengagungkan sambutan ni, xsalah rasanya lau kita jadikan ia sebagai satu batu lonjakan utk lebih berjaya kan?? (Mcm pelik je ayat aku...huhu )


Tahun baru 2012...Tahun yang sesetengah org takut..Yela, nak kiamat la katakan..haha... pelik2 betul..
Apa2 jela yang penting, permulaan tahun ni sangat la sedih bagi aku.... Di awal2 tahun ni dah berlambak masalah dapat... Masalah sumenya berkaitan dngan jiwa dan perasaan.. Lau happy takper jugak ni sumenya meruntun jiwa... Aku sekor la ngan kawan aku yang stay setia ANISADILAH yang faham perasaan aku.. Yang lain, entah la..nak cari pasal ke apa ke aku tak tau...huk3


Awal tahun ni tetiba je ramai xmau kawan dengan aku.. Apa salah aku xde pulak ada yang bgtau.. Sedih giler kot.. Tu satu hal, ada yang bergaduh pulak sesama dorang n aku antara saksinya.. Ni pun menyeksakan jiwa gak... Hm, rasanya mmg patut 2012 org kata tarikh kiamat....bala je memanjang..hahahaha...





Minggu pertama 2012, aku betol2 letih.. Fikiran aku terlalu berat memikirkan masalah ke sana ke mari... Walaupun aku tahu tak guna nak pikir sume tu, tapi aku tetap fikir... Ialah, ada orang kelok ati ngan kite, ingt boleh duk senang ke?? Aku rasa, start kumpulan aku fail dalam presentation BI ari tuh, fikiran aku start letih memikirkan masalah.. Then ia normal seketika dengan kehadiran seorang lelaki yg menceriakan hati aku dengan luahan rasanya... But skejap je...ia la, mcam lagu UNIC - Antara Dua Kasih

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai


Mals komen panjang tentang ni.. N ditambah lagi dengan kawan2 yang melarikan diri la.. Xmau bercakap la.. Kelok sana sini la... Macam2! Aku ni tabahkan la jiwa untuk sorang2.. Untuk minggu pertama ni, airmata aku selalu menakung di mata.. Tapi apa2 pun aku takkan benarkan ianya tumpah.. Seriesly aku nak je amik satu time, nak duk sorang2 n nangis puas2 tapi untuk atas dasar apa aku nak nangis? lagipun, aku akan menangis bila sume ni dah berakhir... Petanda kemenangan jiwa dan akalku melawan rasa sedih ni...


Teringat kata2 papa Afiq, (atau lebih tepat adik ipar aku..haha) "Kelok korang je? Kelok kitorang??"
huhu... Memang la... manusia ni selalu mcm tu.. nak kelok pun agak2 la... sikit2 pade.. Ni dok peduli ke kelok ati dio jah macm hati kita ni xde je.. Ha... Kan dah kuar dah bhasa kelantan sikit..huhu..


Sepanjang hidup yang penuh getir 2 tahun diuji d MRSM, mcm2 aku dah belajar tentang bab2 berkawan ni also juga bab2 hati dan perasaan... n aku ingatkan kat KMPP aku xyah aplikasikannya namun yela, ALLAH Maha Penyayang.. DIA tetap nak uji aku.. Seminggu hari sedih aku di KMPP ni mmg sesetengah aku berjaya aplikasikan dan sesetengah aku berjaya ;mengajar' org lain..(entah berjaya or tidak aku tak tau) hahaha.. 


Apa2 pun, antara pengajaran yg aku dapat ialah...

~ Berkawan ni, sesetia n serapat mana pun, ada jugak ujian yang akan diuji untuk menguji kekuatan bond yang terjalin tu.. Terpulang kpada kita utk mengatasinya bagaimana... n resultnya ialah, bond tu makin kuat atau makin renggang atau terputus terus..Nauzubillah..

~Rendahkan ego dengan kemaafan.. Bila org minta maaf, cubalah maafkan.. Ataupun, kita yang start mintak maaf dulu.. Kalau org mintak maaf tu, even betul salah dia, maafkan dia dan mintak maaf balik ngan dia.. Mana la tau sepnjng kita duk marah2 dia, dia pun mesti kelok jugak kan..? kita ni bergaduh dengan manusia; ada perasaan n hati bukn bergaduh dngan batang kayu..

~Jiwa dan perasaan, hal ni sangat sensitif.. Berhati2 lah anda dengannya... Sekali luah, org akan mengharap but bila dah berpaling arah, ia mmg menykitkan... Apa2 pun, for me, no couple untill marriage.. ^^,v

~Bila dah bergaduh or salah faham, satu pihak patutla amik inisiatif dengan berbaik smula... Dia xnak cakap or tegur ngan kita xpe, tapi yang penting, jngan buat dia terasa kita sisihkan dia...Lama2 ok la tu..


~Orang selalu kata, time kesusahan baru ingat Tuhan... Jadi, bila diuji begini, amik la peluang ni nak dekatkan diri dengan ALLAH sebaiknya.. n berdoa agar kita istiqamah dengannya... Time ni hati kita pasti akan akan berkata "xpela..sume tak mau kawan ngan aku.. ALLAH nak je kawan dengan aku..Asal aku ikut DIA" .
Jangan lupa juga berdoa semoga seglanya kembali normal balik.

~Ni yang selalu aku mmg betul2 aplikasikan dalam hidup aku.. SABAR ITU INDAH. Yup, ia mmg indah... Bila dah sampai tahap tu, ALLAH je tahu betapa indahnya keindahan sabar tu.. Lau kita tergelincir dari kesabaran tu, ingat la keindahannya.. Sebolehnya kita sama2 la elakkan menyebut ayat "Sabar aku ada batasnya".. Cuba byagkan ALLAH kata camtu jugak kat kita... Makan ngan kaki la... Apa2 pun, DIA tetap MAHA PENYABAR dengan hambaNYA yang selalu melupakanNYA.. Ampuniku ya ALLAH..T_T





0

2012:cik kuch datang lagiii !!







sila baca tajuk entri dengan nada iklan zaman budak-budak dulu "TORA DATANG LAGII !!"


korang kenal tak tora tu ape? kalau korang hidup zaman 90an maybe korang kenal. kalau takkenal sila hantuk kepala di dinding yang terdekat sebanyak 5 kali *bukan aku suruh,lalala~*


ni la almakhluknya tora ngan ding dang tuu.


hari ni entah angin menggila apa yang menghasut sampai tibatiba cik kuch terasa sangatsangat menyampah tahap muntah hijau tengok wajah blog yang lama, tu yang 'menebas' dan 'menyapu' blog sampai tak sedar dah pukul 4.12am. erkk. jadi harap memahamilah kalau esok ditakdirkan bangun lewat . *bakal makmertua sila abaikan jika anda terbaca fakta ini*

maybe sebab dah tahun baru semua benda kena baru kan ! blog baru ! baju baru ! sandal baru ! balak baru
haha. wishlist 2012 cik kuch

->nak kawin berubah menjadi lebih baik samada dalam ibadat, belajar, pergaulan, pakaian dll
->nak save duittt ! tanak dah keje part time tabur duit elaun dekat kedai mamak, pizza hut, kfc, mcd dll
->belajar tido awal maka akan jadi bangun awal maka akan lebih produktif dan pembelajaran ^^ *slippery slope kan?

mata dah ngantuk nak mengarut, kbaiii ^^
assalamualaikum ~


Back to Top