0

Sekolah Pertanian Lestari?

Assalamualaikum w.b.t..
Akhirnya cik Biet kembali lagi setelah lama menghilang....ada org rindu x? *padahal xde org baca pun..saje je gedik budak ni...hehe...
Hari ni cik Beit xmau guna perkataan Cik Biet dlam mewakili diri ini...Cik Biet nak guna 'aku'...boleh? hehe....
Okey, today aku nak cite pasal UMS sandakan...tempat dimana aku belajar sekrang...
UMS Sandakan ni merupakan cawangan2 UMS yg ada di Sabah ni... induk di KK..satu di Labuan dan satu lagi di Sandakan ni. Dalam UMS Sandakan ni just ada satu kampus...Kat sini kami xpanggil kampus, kami kat sini panggil Sekolah...Sekolah yg ada kat sini ialah Sekolah Pertanian Lestari (SPL)....Dalam SPL ni pulak ada tiga program (kos) iaitu Pengeluaran Tanaman (HG34), Hortikultur dan Landskap (HG35), dan Pengeluaran Ternakan (HG36).. Eceh, dengan detailnya aku menrengkannya..Mana la tahu lepas ni ada junior2 nak masuk sini nak cari maklumat pasal SPL, boleh la tahu kat sini...
Kalau dibandingkan SPL dngan induk sana, anda akan lebih menyukai induk la sebb duk situ baru rasa apa tu life campus... tapi, jika anda melihat tempat penginapan SPL dan induk, akan akan menyayangi SPL dengan lebih2 lagi..hehe.. kenapa? malas la nak kutuk2...dua2 UMS aku sayang tpi sbbkan SPL ni bru je bukak tahun 2011 (ke 2012?) jdi facilities dia baru2 la..bilik pun besr..tambahan pula student xramai...mmg best la...
Walaupun berada di sandakan, yg didakwa pedalaman oleh kebnyakan org ramai, ada je kelbihan2nya berada di sini... Kita masuk kelebihan dulu ye..

1) - Bilik bosau... bukan bilik dia bagi..tapi rumah..dalm rumah tu ada 3 bilik. setiap bilik 4 org duk situ.. xpenuh pun dlam bilik2 tu.. Kalau mcm umah kami, dulu ada senior sekarang senior dah keluar maka rumah tu just ada 4 org budak 1st year..seronok x? Koz of la... buat macam rumah bapak sndiri..huhu


ni hostel dari luar
ni ruang tamu..wutt2...boleh main badminton


okey, ni bilik..
biasanya kalau budak induk mai, mereka akan menjerit bila tngok bilik ni
kenapa? hehe



2) - Bilik kuliah seberang jalan je ngan asrama - yang ni paling best..kalau di induk, anda kena turun awal bagi menunggu bas dari asrama ke sekolah masing2 tapi kat sini, hehe...5 minit je jalan nak sampai ke kuliah.. kelas pukul 8 pagi, bangun pukul 7.30 pagi pun sempat sangat2 ke kelas. huhu...


di sebelah kiri tu hostel...lintas jalan sebelah kanan tu dewan kuliah,
pentadbiran, bilik tutor sume ada..
*gambar tempat pentadbirn xnmpak ye. yg kecik tu rumah pakguard.. jngan salah sangka pulak


3) - jauh dari bandar - jauh di sini bermaksud bukan la duk dalam ceruk hutan...bandar dekat je...around 20 minit juga la. Siap ada bas lagi tolong bawak kita pi sana. Giant pun ada. Tapi sekeliling SPL ni xsibuk dan ada perkampungan. xde la kampung sangat, sebelah SPL ada sekolah teknik..sebelah lagi ada MRSM Sandakan..Di sini ingin ditekankan bhawa anda xperlu risau duit bnyak habis. Kalau induk, kompleks membeli belah paling besr di sabah terletak sebelah je ngan UMS...dah la bapak mahal lam tu... n kalau tngok dlam post2 yg terdahulu, aku penah mention nama beliau. nama shopping mall tu ialah 1Borneo... n aku pernah bgtau aku xmau menjejakkan kaki ke sini lagi.

sini pun ada mall juga...bukan xde lamsum..
mall tepi laut lagi...



4) - Ukhuwah fillah - yang ni pun syok..disebabkan population pelajar dlam tu xsampai 400 org je pun, maka senang sangat nak kenal ngan sume org. Mmg boleh cam la dari senior year 4 sampai la ke junior year 1.. n kitorang boleh dikatakan rapat. sebb majoriti kenal sume.


n banyak la lagi..hehe. Tapi kekurangannya still ada. kekurangn tu xlain dan xbukan sbb tempat ni masih baru so xsume facilities lengkap...contohnya kat kafe n library xlengkap sngat.mcm tu la...ada pro n kontranya. apa2 pun, bersyukur dapat berada di sini. walaupun ALLAH xbagi apa yg aku nak, tapi ALLAH bagi apa yg aku perlu..xpela, teruskan je..ada sebb ALLAH letak aku disini..kan? sape yg nak melanjutkan pegajian di sini, amatlah dialu-alukan....^_^

0 pengomen berani mati:

Post a Comment

Back to Top