0

Serikkk!!!

20/01/2012..
Beriyanya hati ni boleh balik rumah....Jarang aku boleh rasa mcam ni.. Selalunya takdek feelin nak balik tapi kali ni memang rasa nak balik tu meronta-ronta ke hujung kaki.. Stress kot duk KMPP..Apa yang stress pun aku tak tau.. Nak kata study, tak pun..hahaha..

21/01/2012
Kul 1 pagi lebih aku sampai KB...hik3...xyah cakp la ke'exited'an hatiku ni..Balik rumah, rehat sampai pagi tu... Tengah rilek2 tetiba umi aku kata, "Kakak,malam esok kita balik Pahang. Naik train"..
WHAT!!! 
Aduh...baru nak rilek2 kat rumah kena p Pahang la pulak.. Mok ma sakit..terpaksa la.. Papa pulak cuti kejap je, so xleh hantar..Tapi papa akan p amik kitorang nanti. Dengar naik train tu, tahap ke'exited'an meningkat la jugak...lama xnaik train.. Last aku darjah 4 kot..skang dah matrik dah... So,jom la enjoy jap...

22/01/2012
Bukak mata je umi dah ajak p KK (Kota Kinabalu eh! Kubang Kerian)...Umi suh cari barang2 untuk wat balik KMPP ni..Aku tanya nape. Umi kata kita balik Kelantan balik hari Jumaat. Hari Sabtu aku dah nak g KMPP balik, so kena cari barang terus skang... WHAT!!! 
tu dio..masa cutiku di Pahang.... TIDAKKKK!!!!!!!!

Balik KK, papa dah stand by kat depan pintu.. dengan tegasnya beliau bertutur
"By hook, by crook or by cook, lepas Asar kena bertolak dah ke stesyen ketapi.." (ayat kat depan tu aku tambah sendiri. Pinjam ayat cikgu Suhaimi jap..hehe). Aku pun, dengan nada pecutan 181km/j terus berkemas sbb masa tu dah pkul 3 lebih.. Sebenarnya, xde pepe pun nak dikemaskan sebab baju dari KMPP pun xkuar lagi dari beg, so terus angkat yang tu la... Beg sama turun bas dari KMPP, akan mendaki train dengan aku jugak...hik3..

Tepat jam 7.45 malam, ketapi sampai.. Tahukah anda, ketapi ni dia berhenti dua minit je setiap stesyen? so, bila dah sampai, dengan tahap pecut gear lima, umi aku n papa aku bawak naik barang kat train.. Nak jadikan cite, dasyat tak dasyat, kitorang dah la boleh gerabak yg paling last, boleh pulak seat paling last....Terbaik~ 
Barang pulak banyak. sabar je la aku ni. Papa wat naik barang sampai pintu je, pastu terus turun.. Yela, kan ngan papa sekali dia angkut p Pahang, masak la.. So, ngan muka seposen aku angkat la semua barang ke tempat terhormat di belakang tu..... Masa tu baru terfikir. Kami ni bertiga-AKU, UMI n KIMI.. Mesti la seat 3 je.. Adik aku mesti nak duk ngan Umi aku...so, aku duk sorang la? or lebih tepat lagi, aku kena duk ngan orang lain la??? Sampai je ditempat tersebut, aku mendapat monkey shock pabila gerabak yang belakang tu, kat bahagian belakang tu memang lelaki je sume.. Lelaki yang muka, alamak! Lagi menakutkan, seat yang sepatutnya aku duk ngan orang lain tu, bila aku tengok orang sebelah dia, nak luluh jantung. Mamat siam melayu Rantau Panjang; rambut ala2 k-pop basi..bibir itam dek merokok, baju xyah cakap...Muka lagi la.. 

Siyes aku nak menangis masa tu.. Sekeliling tu sume gang dia.. Aku nak duduk ngan org camtu? no way! aku berdiri je...wat2 simpan barang ngan umi..Kimi dah duduk kat seat dia. Tetiba umi suh aku duk ngan Kimi n umi pergi duduk ngan mamat tuh. Rupanya umi pun xrela anak daranya duk ngan mamat tuh. Fuh selamat.. Mamat tu pulak, bila umi aku g duk tepi dia, cepat2 dia bangun...Pastu menghilang tah ke mana... ahaha.. xnak duk ngan orang tua upanya... 

Ni aku geram. Ada mangkuk dua orang depan aku ni. bajet hensem la pulak.. Ada yang sorang ni siap pakai spek mata hitam lagi. Apa kejadah la duk pakai spek itam malam2 lam train?? aduhai.. Yang tu xpe lagi, yang paling geram, kejap2 pandang belakang kejap2 pandang belakang. Tahulah aku cantik (kan xpasal2 aku perasan).. Yela, aku seat paling last, xde orang dah belakang aku. so, memang dia tngok aku.. Aku rimas nak muntah siyesly... ALLAH je tahu btapa serabutnya aku masa tu.. Cepatlah sampai Pahang!!!

Disebabkan mamat tu dah xduk sebelah umi aku, maka adik aku pun pergi la duk ngan Umi aku..so, aku duk sorang2 la...huhu sonok... Tetapi, keseronokkan aku setakat sejam je...Tetiba mamat tuh datang balik!
dia tngok tempat duduk dia adik aku duk, so, dengan selambenya duk tepi aku....ya ALLAH!!!
Isk3...aku tutup mata, pasang mp3 n paksa diri untk tido...Tapi xleh...=( 

Mamat tu paham rasanya aku tak selesa duk ngan lelaki. Kejap pastu dia bangun n p mana tah..fuh selamat.. then, aku xingt apa2 dah..Bukak2 mata, dah sampai... Syukur Alhamdulillah.......

Aku xpernah stension tu naik train... Tobat rasanya xnak naik lagi.................



0

Tahun baru?? hampehh n kelokk



Okey....orang sume duk sibuk2 ngan tahun baru....azam baru la...baju baru la....bla..bla...
Aku pun dah naik serabut dah..haha

Cik Kuch pun semangat sampai bertukar terus MEDAN DUA JIWA nih...
Masa aku duk tersengih depan dewan kuliah, tetiba Cik Kuch menghantar SMS yang berbunyik

"Aku dah upgrade sikit2 blog tu.. mum bla..bla..bla..."

Aku ye kan je la...haha.... Balik je, bukak blog.. Tu diaaaaaaaa.... Mak aih. Terperanjat Boboi.... upgrade ckit la sangat.. tertukar terus kot....huh

Okeyla, biarlah...semngat tahun baru yang sangat membuak2 itu bagus la..... Xdelah bosan duk menatap mende sma je tiap masa.... Untong lar.. Sume org happy sempena tahun baru ni.. Even kita sebagai umat ISLAM xdigalakkan mengagungkan sambutan ni, xsalah rasanya lau kita jadikan ia sebagai satu batu lonjakan utk lebih berjaya kan?? (Mcm pelik je ayat aku...huhu )


Tahun baru 2012...Tahun yang sesetengah org takut..Yela, nak kiamat la katakan..haha... pelik2 betul..
Apa2 jela yang penting, permulaan tahun ni sangat la sedih bagi aku.... Di awal2 tahun ni dah berlambak masalah dapat... Masalah sumenya berkaitan dngan jiwa dan perasaan.. Lau happy takper jugak ni sumenya meruntun jiwa... Aku sekor la ngan kawan aku yang stay setia ANISADILAH yang faham perasaan aku.. Yang lain, entah la..nak cari pasal ke apa ke aku tak tau...huk3


Awal tahun ni tetiba je ramai xmau kawan dengan aku.. Apa salah aku xde pulak ada yang bgtau.. Sedih giler kot.. Tu satu hal, ada yang bergaduh pulak sesama dorang n aku antara saksinya.. Ni pun menyeksakan jiwa gak... Hm, rasanya mmg patut 2012 org kata tarikh kiamat....bala je memanjang..hahahaha...





Minggu pertama 2012, aku betol2 letih.. Fikiran aku terlalu berat memikirkan masalah ke sana ke mari... Walaupun aku tahu tak guna nak pikir sume tu, tapi aku tetap fikir... Ialah, ada orang kelok ati ngan kite, ingt boleh duk senang ke?? Aku rasa, start kumpulan aku fail dalam presentation BI ari tuh, fikiran aku start letih memikirkan masalah.. Then ia normal seketika dengan kehadiran seorang lelaki yg menceriakan hati aku dengan luahan rasanya... But skejap je...ia la, mcam lagu UNIC - Antara Dua Kasih

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai


Mals komen panjang tentang ni.. N ditambah lagi dengan kawan2 yang melarikan diri la.. Xmau bercakap la.. Kelok sana sini la... Macam2! Aku ni tabahkan la jiwa untuk sorang2.. Untuk minggu pertama ni, airmata aku selalu menakung di mata.. Tapi apa2 pun aku takkan benarkan ianya tumpah.. Seriesly aku nak je amik satu time, nak duk sorang2 n nangis puas2 tapi untuk atas dasar apa aku nak nangis? lagipun, aku akan menangis bila sume ni dah berakhir... Petanda kemenangan jiwa dan akalku melawan rasa sedih ni...


Teringat kata2 papa Afiq, (atau lebih tepat adik ipar aku..haha) "Kelok korang je? Kelok kitorang??"
huhu... Memang la... manusia ni selalu mcm tu.. nak kelok pun agak2 la... sikit2 pade.. Ni dok peduli ke kelok ati dio jah macm hati kita ni xde je.. Ha... Kan dah kuar dah bhasa kelantan sikit..huhu..


Sepanjang hidup yang penuh getir 2 tahun diuji d MRSM, mcm2 aku dah belajar tentang bab2 berkawan ni also juga bab2 hati dan perasaan... n aku ingatkan kat KMPP aku xyah aplikasikannya namun yela, ALLAH Maha Penyayang.. DIA tetap nak uji aku.. Seminggu hari sedih aku di KMPP ni mmg sesetengah aku berjaya aplikasikan dan sesetengah aku berjaya ;mengajar' org lain..(entah berjaya or tidak aku tak tau) hahaha.. 


Apa2 pun, antara pengajaran yg aku dapat ialah...

~ Berkawan ni, sesetia n serapat mana pun, ada jugak ujian yang akan diuji untuk menguji kekuatan bond yang terjalin tu.. Terpulang kpada kita utk mengatasinya bagaimana... n resultnya ialah, bond tu makin kuat atau makin renggang atau terputus terus..Nauzubillah..

~Rendahkan ego dengan kemaafan.. Bila org minta maaf, cubalah maafkan.. Ataupun, kita yang start mintak maaf dulu.. Kalau org mintak maaf tu, even betul salah dia, maafkan dia dan mintak maaf balik ngan dia.. Mana la tau sepnjng kita duk marah2 dia, dia pun mesti kelok jugak kan..? kita ni bergaduh dengan manusia; ada perasaan n hati bukn bergaduh dngan batang kayu..

~Jiwa dan perasaan, hal ni sangat sensitif.. Berhati2 lah anda dengannya... Sekali luah, org akan mengharap but bila dah berpaling arah, ia mmg menykitkan... Apa2 pun, for me, no couple untill marriage.. ^^,v

~Bila dah bergaduh or salah faham, satu pihak patutla amik inisiatif dengan berbaik smula... Dia xnak cakap or tegur ngan kita xpe, tapi yang penting, jngan buat dia terasa kita sisihkan dia...Lama2 ok la tu..


~Orang selalu kata, time kesusahan baru ingat Tuhan... Jadi, bila diuji begini, amik la peluang ni nak dekatkan diri dengan ALLAH sebaiknya.. n berdoa agar kita istiqamah dengannya... Time ni hati kita pasti akan akan berkata "xpela..sume tak mau kawan ngan aku.. ALLAH nak je kawan dengan aku..Asal aku ikut DIA" .
Jangan lupa juga berdoa semoga seglanya kembali normal balik.

~Ni yang selalu aku mmg betul2 aplikasikan dalam hidup aku.. SABAR ITU INDAH. Yup, ia mmg indah... Bila dah sampai tahap tu, ALLAH je tahu betapa indahnya keindahan sabar tu.. Lau kita tergelincir dari kesabaran tu, ingat la keindahannya.. Sebolehnya kita sama2 la elakkan menyebut ayat "Sabar aku ada batasnya".. Cuba byagkan ALLAH kata camtu jugak kat kita... Makan ngan kaki la... Apa2 pun, DIA tetap MAHA PENYABAR dengan hambaNYA yang selalu melupakanNYA.. Ampuniku ya ALLAH..T_T





0

2012:cik kuch datang lagiii !!







sila baca tajuk entri dengan nada iklan zaman budak-budak dulu "TORA DATANG LAGII !!"


korang kenal tak tora tu ape? kalau korang hidup zaman 90an maybe korang kenal. kalau takkenal sila hantuk kepala di dinding yang terdekat sebanyak 5 kali *bukan aku suruh,lalala~*


ni la almakhluknya tora ngan ding dang tuu.


hari ni entah angin menggila apa yang menghasut sampai tibatiba cik kuch terasa sangatsangat menyampah tahap muntah hijau tengok wajah blog yang lama, tu yang 'menebas' dan 'menyapu' blog sampai tak sedar dah pukul 4.12am. erkk. jadi harap memahamilah kalau esok ditakdirkan bangun lewat . *bakal makmertua sila abaikan jika anda terbaca fakta ini*

maybe sebab dah tahun baru semua benda kena baru kan ! blog baru ! baju baru ! sandal baru ! balak baru
haha. wishlist 2012 cik kuch

->nak kawin berubah menjadi lebih baik samada dalam ibadat, belajar, pergaulan, pakaian dll
->nak save duittt ! tanak dah keje part time tabur duit elaun dekat kedai mamak, pizza hut, kfc, mcd dll
->belajar tido awal maka akan jadi bangun awal maka akan lebih produktif dan pembelajaran ^^ *slippery slope kan?

mata dah ngantuk nak mengarut, kbaiii ^^
assalamualaikum ~


Back to Top