0

Serikkk!!!

20/01/2012..
Beriyanya hati ni boleh balik rumah....Jarang aku boleh rasa mcam ni.. Selalunya takdek feelin nak balik tapi kali ni memang rasa nak balik tu meronta-ronta ke hujung kaki.. Stress kot duk KMPP..Apa yang stress pun aku tak tau.. Nak kata study, tak pun..hahaha..

21/01/2012
Kul 1 pagi lebih aku sampai KB...hik3...xyah cakp la ke'exited'an hatiku ni..Balik rumah, rehat sampai pagi tu... Tengah rilek2 tetiba umi aku kata, "Kakak,malam esok kita balik Pahang. Naik train"..
WHAT!!! 
Aduh...baru nak rilek2 kat rumah kena p Pahang la pulak.. Mok ma sakit..terpaksa la.. Papa pulak cuti kejap je, so xleh hantar..Tapi papa akan p amik kitorang nanti. Dengar naik train tu, tahap ke'exited'an meningkat la jugak...lama xnaik train.. Last aku darjah 4 kot..skang dah matrik dah... So,jom la enjoy jap...

22/01/2012
Bukak mata je umi dah ajak p KK (Kota Kinabalu eh! Kubang Kerian)...Umi suh cari barang2 untuk wat balik KMPP ni..Aku tanya nape. Umi kata kita balik Kelantan balik hari Jumaat. Hari Sabtu aku dah nak g KMPP balik, so kena cari barang terus skang... WHAT!!! 
tu dio..masa cutiku di Pahang.... TIDAKKKK!!!!!!!!

Balik KK, papa dah stand by kat depan pintu.. dengan tegasnya beliau bertutur
"By hook, by crook or by cook, lepas Asar kena bertolak dah ke stesyen ketapi.." (ayat kat depan tu aku tambah sendiri. Pinjam ayat cikgu Suhaimi jap..hehe). Aku pun, dengan nada pecutan 181km/j terus berkemas sbb masa tu dah pkul 3 lebih.. Sebenarnya, xde pepe pun nak dikemaskan sebab baju dari KMPP pun xkuar lagi dari beg, so terus angkat yang tu la... Beg sama turun bas dari KMPP, akan mendaki train dengan aku jugak...hik3..

Tepat jam 7.45 malam, ketapi sampai.. Tahukah anda, ketapi ni dia berhenti dua minit je setiap stesyen? so, bila dah sampai, dengan tahap pecut gear lima, umi aku n papa aku bawak naik barang kat train.. Nak jadikan cite, dasyat tak dasyat, kitorang dah la boleh gerabak yg paling last, boleh pulak seat paling last....Terbaik~ 
Barang pulak banyak. sabar je la aku ni. Papa wat naik barang sampai pintu je, pastu terus turun.. Yela, kan ngan papa sekali dia angkut p Pahang, masak la.. So, ngan muka seposen aku angkat la semua barang ke tempat terhormat di belakang tu..... Masa tu baru terfikir. Kami ni bertiga-AKU, UMI n KIMI.. Mesti la seat 3 je.. Adik aku mesti nak duk ngan Umi aku...so, aku duk sorang la? or lebih tepat lagi, aku kena duk ngan orang lain la??? Sampai je ditempat tersebut, aku mendapat monkey shock pabila gerabak yang belakang tu, kat bahagian belakang tu memang lelaki je sume.. Lelaki yang muka, alamak! Lagi menakutkan, seat yang sepatutnya aku duk ngan orang lain tu, bila aku tengok orang sebelah dia, nak luluh jantung. Mamat siam melayu Rantau Panjang; rambut ala2 k-pop basi..bibir itam dek merokok, baju xyah cakap...Muka lagi la.. 

Siyes aku nak menangis masa tu.. Sekeliling tu sume gang dia.. Aku nak duduk ngan org camtu? no way! aku berdiri je...wat2 simpan barang ngan umi..Kimi dah duduk kat seat dia. Tetiba umi suh aku duk ngan Kimi n umi pergi duduk ngan mamat tuh. Rupanya umi pun xrela anak daranya duk ngan mamat tuh. Fuh selamat.. Mamat tu pulak, bila umi aku g duk tepi dia, cepat2 dia bangun...Pastu menghilang tah ke mana... ahaha.. xnak duk ngan orang tua upanya... 

Ni aku geram. Ada mangkuk dua orang depan aku ni. bajet hensem la pulak.. Ada yang sorang ni siap pakai spek mata hitam lagi. Apa kejadah la duk pakai spek itam malam2 lam train?? aduhai.. Yang tu xpe lagi, yang paling geram, kejap2 pandang belakang kejap2 pandang belakang. Tahulah aku cantik (kan xpasal2 aku perasan).. Yela, aku seat paling last, xde orang dah belakang aku. so, memang dia tngok aku.. Aku rimas nak muntah siyesly... ALLAH je tahu btapa serabutnya aku masa tu.. Cepatlah sampai Pahang!!!

Disebabkan mamat tu dah xduk sebelah umi aku, maka adik aku pun pergi la duk ngan Umi aku..so, aku duk sorang2 la...huhu sonok... Tetapi, keseronokkan aku setakat sejam je...Tetiba mamat tuh datang balik!
dia tngok tempat duduk dia adik aku duk, so, dengan selambenya duk tepi aku....ya ALLAH!!!
Isk3...aku tutup mata, pasang mp3 n paksa diri untk tido...Tapi xleh...=( 

Mamat tu paham rasanya aku tak selesa duk ngan lelaki. Kejap pastu dia bangun n p mana tah..fuh selamat.. then, aku xingt apa2 dah..Bukak2 mata, dah sampai... Syukur Alhamdulillah.......

Aku xpernah stension tu naik train... Tobat rasanya xnak naik lagi.................



0 pengomen berani mati:

Post a Comment

Back to Top