sekali lagi cik Biet datang menyerang blog ni. Cik Kuch senyap terus. Beliau sibuk kot.
Izinkan sekali lagi nak guna bahasa diri sebgai 'aku' je untuk post kali ini. hehe
Antara KK dan Sandakan...Apa kena mengena dengan dua tempat ni? hehe. Sebelum tu aku nak sentuh sikit pasal kejadian yang berlaku di bumi Sabah di mana aku berada sekarang. Di Lahad Datu yang mana around 2,3 jam perjalanan je dari Sandakan telah diserang oleh orang selatan Filipina ataupun orang Sulu yang ingin menuntut sabah. Katanya Sabah hak mereka. Ada la kisah-kisah dulu yang berlaku pada zaman sebelum British mai lagi menyebabkan Sabah dah menjadi hak Malaysia sekarang. Ni sekarang nak mai mitak buat xmalu pulak. Xtau la sape yang betul dan salah, wallahua'lam tapi Sabah memang milik Malaysia. Jangan la mai nak amik, aku sayang Sabah.
Apa2 pun, aku xmau sentuh sangat isu ni. Biarkan yang lebih arif menyelesaikannya. Namun, mai la sama2 kita berdoa semoga ALLAH terus jaga Sabah. Dan tak lupa Al-Fatihah untuk parajurit2 yang terkorban dalam mempertahankan negeri berdaulat ni.
Apa kena mengena isu Lahad Datu dengan antara KK dan Sandakan tu? haa...nak cite la ni..hehe...
Disebabkan Sandakan yang kedudukannya yang boleh dikatakan dekat dengan tempat kejadian dan Sandakan juga dikatakan sasaran bagi puak2 Sulu tu, maka kami ni agak duduk dalam ketakutan. Seminggu dari tarikh LD diserang, sejak itu kami tak tenang. Hanya ALLAH je yang tahu kegelisahan ni. Tido malam xbasah, mandi xlena, tapi makan banyak. hehe..
Ada parents yang paksa suruh anak-anak balik. Parents aku juga terbaik. Lost~ lambat informasi. Aku pulak yang tukang call dorang cakapa apa yang berlaku. hehe. Sebab umi xtngok berita. Internet pulak xpandai. Mula lah ketinggalan mereka tu. Abang aku je la yang call suruh jaga diri baik2.. Huhu so adorablee.....
Tapi hikmah ujian ni ialah, ramai kawan2 dan saudara mara pakat2 mai tanya khabar. Pakat2 runsing. Pakat2 kalut sedangkan kita kat sini Tak ada apa-apa pun. Yang jadi takut kejap tu sebab macam2 khabar angin yang sampai. Tembak sana la..Tembak sini la padahal xde apa2 pun. hik3.
Jadi disebabkan itu, maka katanya kafe akan mengalami gangguan makanan dlam masa yg tertentu. Jadi, untuk menyelamatkan perut2 pelajar SPL yang sentiasa lapar ni, maka pihak pentadbiran UMS mengambil keputusan untuk pindahkan kami ke KK.
Bayangkan, tengah syok2 duk dalam bilik, (kalau xsilap baru bangun tido masa tu. Hajat nak qailullah la tapi innalillah terus...-_-) bangun2 je, lepas sembahyang Zohor tetiba serentak aku dan rumate dapat call kata suruh berkumpul di kafe sekarang jugak. Dengan penuh ke'blur'ran maka pergilah kami. Memang sume kena berkumpul kat kafe dan semua nampak kalut. Khabar-khabar angin mula merebak. Katanya Sulu dah tawan sandakan bagai la. Ada kata kami boleh balik. Terfikir juga.. nak balik? Secepat tu? Ada tiketkah? Or pesawat tentera akan mai kutip kami?(jauh x fikirnya tu.)..n ada juga yang kata kami kena pindah KK. Ingat KK, terus lemah semangat. Ingat kejadian dulu la. Aiseymenn,
Dengan penuh takzimnya maka timbalan dekan pun umumkan bahawa kami kena pergi KK. Memang riuh la..Ramai yang bangkang. Bangkang dari longkang..Ups! hehe
Yang lagi xtahan, masa tu dalam pukul 2.30 petang, kami diberi masa sampai 3.30 petang untuk bersiap dan bertolak lo ni jugak haihhh. Dalam fikiran aku masa tu, nak kelikk!! Xsanggup nak duk KK..
![]() |
| dalam sejam smua ni tersedia.. |
Dalam2 ckap nak balik tu, kaki tetap berjalan menuju ke bilik. Dalam sekelip mata, aku berjaya mengosongkan meja study, sumbat apa yang patut dalam beg dan sebagainya. Bangga jugak aku boleh buat sume tu. Telefon umi mintak pendapat, umi kata pergi KK dulu then bincang apa yang patut.
![]() |
| kalut melalut di kafe |
![]() |
| ada tandas...exited! |
Maka naik la kami ke atas bas. 10 bas disewa untuk angkut semua. Bukan kami student ni je. Staf dan pensyarah pun sekali. Naik bas ikut num rumah maka terlemparlah kami atas bas num 5. Sekali dengan ahli rumah aku ialah Basyiroh, Danny, Fiqa dan Lina. Kami duk belakang bas. Apa lagi, buat bas macam bas bapak sendiri. Lebih2 lagi exited bas tu ada toilet kat belakang..haha...
10 bas tu bergerak sama2..memang bergerak ikut turn num. Paling syok, PDRM iring kami. Dengan m16, kereta siren bagai..huishh.. anak PM pun xpernah rasa macam kami rasa ni rasanya. Masa tu terfikir juga, sampai macam ni sekali nak pindahkan kami, adakah Sabah dah makin teruk? Allahu Rabbi...:'(
![]() |
| babai SPL |
![]() |
| konvoi gather2..best |
![]() |
| abang PDRM yg iring kami...terimas bnyak2....=) |
Perjalanan yang memakan masa 8 jam juga ni amat2 la buat kami penat. Sumpah terkejut dan terkeliru...Sampai2 je jumpe dekan n HEP.. lepas tu kami dibahagi-bahagikan mengikut bas untuk berada di kolej kediaman. Bas aku terlempar ke Kolej Kediaman Kingfisher yang terletak di luar kampus. Tak kisah la kat mana asal kami boleh keluar. Aku yang pada awalnya hajat nak balik ke semenanjung tiba2 rasa tak jadi. tengok tempat tinggal macam ok. Apa kata teruskan je hidup kat KK ni? kata nak rasa life campus kan? hehe...








.jpg)



.jpg)




