0

langkah tercipta

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan





Lagu yang dipopularkan oleh UNIC bertajuk Langkah Tercipta... Lagu yang penuh nostalgia. dua kali lagu ni pernah betul2 meresap dlam hati ni.. Pertama kali masa follow group usrah BROTHERHOOD masa kat matrik dulu mendaki bukit taman negara Pulau Pinang...time penat giler bertekad duk daki bukit tu, terdengar lagu ni dlam MP3...mmg kena la bila sampai part "Allah, inginku hentikan langkah ini...".. hehe... apa2 pun lagu ni buat aku bersmngat habiskan jua last2 aku antara yg terawal sampai ke destinasi..

kedua, ketika orientasi di UMS KK....penderitaan yg paling padu untuk aku bila kena berjalan hostel hingga ke dewan canselor yg agak2 nak sampai 2km mungkin....huishh..dah la berbukit..mmg menangis xberlagu la... last2 lagu ni keluar...mmg rasa nak brek je...keluar UMS...hehe...melampau pulak..

Namun lagu ni sekarang agak la bermain2 di dikiran dan jadi 'lagu tema' hidup aku sekarang....

mengapa? sebb aku kadg2 rasa mcam ALLAH xmakbulkan apa yang aku nak. yup betul aku nak datang ke Sabah. namun xterfikir ke Sandakan... Bila aku termenung kat tepi tingkap bilik aku ni, aku lihat di luar (eceh jadi jiwang pulak)..sunyi.. lamsum xde perasaan 'life campus' itu. seronok tengok kawan2 duk cite2 n amik gambar kat kampus mereka..nampak hidup tau..sangat hidup tapi aku kat sini....

Apa nak buat sume xde..aku ingat lagi ada org ckap, life di universiti, adalah life dimana sume benda anda boleh cuba.. berminat nak main alat muzik, inilah masanya...nak berkawan ngan perlbagai bangsa, ni la masanya.. nak bersukan main apa2 je, nilah masanya... nak mencipta pelbagai kenangan, ni la masanya...yang penting, paling aku ingat..nak join persatuan dakwah n aktiviti2 keagamaan, Inilah masanya!

TETAPI...

aku nak pilih masuk persatuan aku nak, xde... aku nak main sukan yg aku nak, tempat xde...aku nak lepak2 kat library, xde... aku nak berseorangan kat masjid, xde tempat... T_T

aku faham, tempat aku masih baru...tapi jiwa aku dahagakan apa yg aku impikan selama ini... petikan lirik lagu ini yg berbunyi

"Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian.."


sangat kena. aku memilih 5 pilihan rasanya dari 8 pilihan UPU untuk ke UMS...tapi aku diletakkan di sandakan.. 



suara hati yang aku luahkan ni xbermakna aku marah diletakkan di sana. ni sume kerja ALLAH. aku xdapat nak menolak atau menyalahkanNYA... ALLAH tahu apa yang terbaik untuk aku, dia berikan aku apa yg aku perlu bukan yg aku nak...

kekecewaan ini aku pendam. aku nak luahkan kat sape..hanya ALLAH sahaja yg tahu.. namun sekrg aku berani masukkan luahan ni dlam MEDAN DUA JIWA kerana hati aku dah okey sekarang. 

Sebab, ALLAH dah rancang yg terbaik buat aku... banyak benda aku fikirkan agar fikiran aku dan jiwa aku kembali normal..

hakikatnya, aku dipertemukan dengan sesuatu yang aku xsangka dan tak pernah fikirpun aku akan dapatkannya. terima kasih kepada ALLAH, DIA yang rancang segala-galanya... ALLAH xkan biarkan kita sedih selama-lamanya selagi kita berharap padaNya... dalam aku yg sering melupakanNYA pun, DIA tetap tolong aku dalam bertahan di tempat ini.. 

ish...sedih pulak...nak menitis airmata... apatah lagi dalam mp3 yg duk dengar sekrang ni dia mainkan lagu Nice-Sesekali Diuji

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang



sob2...
Apapun, ALLAH tetap terBest.... Semoga perasaan ini terus kekal. Sesekali diuji untuk terus mengukuhkan iman dalam mengharungi Langkah tercipta... InsyaALLAH....


0 pengomen berani mati:

Post a Comment

Back to Top