saye kena pakse!!! ;(

xsuke..xsuke!!eiyy..xsuke..


hari ni saya kena mengarang kat cini sebab saya kena paksa dengan cik kuch..eh nama aku plak..cik BIET..suke-suke hati dia je paksa-paksa orang..hakkktuiiii!



ok dah..
alololololololololooo..thomelnyeww..

ehmm..kenapa tetiba naluri keibuan saya terserlah malam ni??hikhikhik..nie sume koje CIK BIET & CIK CELOK yang memandai nge'tag saya dekat satu "..........................">>>aku pun tak tau nak panggil ape,kuiz kot..ker application..ker....arghhh..lantaklah..but it is about when will you get married..OMG! both of them I got 2016!weewitt..

*but please jgn terlalu taksub percaya sgt benda nie,it just a game honey,memain je*

selamat..pengantin baru...
selamat..berbahgia 
selamat..ke anak cucu
selamat..sejahtera..
 *sambil tgn gaya menari twist gitu..hik3*

 
Sabda Rasulullah SAW
"nikah adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku ia bukanlah daripada golonganku"
-Riwayat Ibn Majah




umah siti ada datuk K,
OK

choppp!CIK KUCH bukan gatal ok..no..no..no..& hari ini bukan HARI MENGGATAL SEDUNIA..
cuma,CIK KUCH just terfikir andai satu hari nanti CIK KUCH sampai seru,adakah CIK KUCH dah sedia nak galas tanggungjawab itu.


KANAK-KANAK>>REMAJA>>DEWASA>>BINI ORANG>>MAK ORG>>NENEK ORG??

kita tahu,anak-anak ini adalah anugerah terindah dari Allah SWT.anak-anak dilahirkan suci bak kain putih.Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak itu.nak corak jd kain batik ke,kain ngelap meja ke..uhukkss..tergelincir sedikit..

fenomena masyarakat zaman sekarang membuatkan CIK KUCH rasa kurang berkeyakinan mampukah CIK KUCH mendidik mereka menjadi insan yang terbaik-di kalangan yang terbaik.zaman CIK KUCH sendiri pon dah macam-macam masalah kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda.ni zaman CIK KUCH,zaman anak-anak CIK KUCH nanti????nauzubillah..

 *ini bukan anak saya yerr..sekadar gambar hiasan...hehe*


patutlah CIK KUCH pernah terdengar,ibu bapa zaman sekarang takut untuk nak melahirkan anak,bukan sebab malas,sakit,nak jaga badan atau sewaktu dengannya..tapi mereka bimbang dengan anak yang bakal dilahirkan.Apa-apa pun syariat nabi harus dilaksanakan

 sabda Rasulullah SAW
"kamu kahwinilah wanita-wanita yang subur & pengasih kerana sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai"
-Riwayat Abu Daud-

sama-samalah berdoa semoga anak-anak yang bakal kita...*ehihihihi..kita tue...* bakal menjadi umat Islam yang cemerlang sahsiah,gemilang akhlak serta terbilang akalnya.Didiklah mereka mengikut cara didikan Rasulullah SAW.Insyaallah

bercakap soal anak ini pulak,cik KUCH rasa nak kongsi sedikit sebanyak ilmu yang cik KUCH ada.yang mana baik kita jadikan teladan yang mana buruk kita jadikan sempadan.cik KUCH nak share la sedikit mengenai tanggungjawab kita sebagai anak kepada kedua ibu & bapa sebelum kita pulak yang jadi ibu bapa nanti,Insyaallah...=)





SEMASA IBU BAPA MASIH HIDUP

          1)berbuat baik & sentiasa mendoakannya
 doa yang patut dibacakan seperti disebut dalam al-Quran,surah al-Isra' ayat 24
"....wahai tuhanku!cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara & mendidikku semasa kecil"


2)kasih sayang
tiada yang lebih menggembirakan ibubapa selain daripada disayangi oleh anak-anak mereka.
maka,kita dituntut memberi kasih sayang melalui kata-kata & tindakan yang baik


3)berlemah lembut & berbudi bahasa
firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 15
"...Dan bergaullah dengan mereka didunia dengan cara yang baik.."
 
4)pengorbanan harta benda & masa
dalam satu riwayat diceritakan ada seorang lelaki menemui Rasulullah bertanya tentang hajat bapanya terhadap hartanya lalu baginda bersabda
"Engkau & harta engkau adalah untuk bapa engkau.Sesungguhnya anak-anak kamu sebahagian daripada sebaik-baik usaha kamu & makanlah daripada hasil usaha anak-anak kamu"
-riwayat Abu Daud-
 
TANGGUNJAWAB SELEPAS IBU BAPA MENINGGAL DUNIA

1)mendoakannya
sabda Rasulullah SAW
"apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah atau ilmu yang berfaedah atau anak soleh yang mendoakannya
-Riwayat Abu Daud-


2)menjelaskan hutang

3)mengqada'kan puasa yang ditinggalkan
dari Ibn Abbas r.a : seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW dan berkata : ibuku telah meninggal dunia & dia berhutang sebulan puasa.Sabda Rasulullah SAW : apa pendapatmu jika ibumu mempunyai hutang (kpd seseorang),adakah engkau akan menunaikannya.Jawab wanita itu : Ya.Rasulullah SAW bersabda : maka hutang kpd Allah lebih berhak ditunaikan
-Riwayat Muslim-
 
4)menziarahi kubur
kita dituntut membaca al-Quran,berdoa,berzikir & membersihkan kubur


5)silaturahim keluarga & sahabat kedua ibu bapa
islam menuntut anak-anak meneruskan hubungan silaturahim dgn mereka yg menjadi keluarga & sahabat ibu bapa
"kenalilah siapa keturunan kamu kerana dengannya akan menghubungkan pertalian silaturahim.Sesungguhnya silaturahim akan mewarisi kasih sayang di kalangan ahli keluarga
-riwayat alTarmizi-

 

 p/s:sodehhh dgn ramai bayi-bayi yang tak berdosa dibuang di merata-rata tempat....;'( di mana sifat perikemanusiaan seorang manusia??........................



 



1 pengomen berani mati:

biet::kuch said...

yela kena paksa......berjela cik kuch menulis ya...? haha

Post a Comment

Back to Top