Assalamualaikum.....
ehem! yg pertama untk Cik Kuch! gatainya..... main kawin2 pula ya? xpe2..no hal... bagus la tu...akhirnya membuktikan yg Cik Kuch ni seorang wanita yang normal...haha...
hm..tajuk seterusnya nak beritahu ni ialah...ha, cetusan daripada Cik Kuch la ni..beliau cakap pasal kawin..Cik Biet pun tertanya la...nak kawin ngn sape? mestilah dengan lelaki kan? ya..suami kita hero kita..tapi tu yang dah ada suami..yang masih single mingle macam Cik Kuch Biet ni...sape pula heronya? ha..jom usha.
Hero...apa tu? haha
hero didefinasikan sebagai lelaki or perempuan yang menyelamatkan kita.. (nak lebih detail check kamus dewan ya..Cik Biet wat definisi sendiri je tu..:p).. hero ni mesti yang hebat kan? org yang mengorbankan apa sahaja untk kita (terutama bagi wanita la)..
kalau Cik Biet bertukar sekjap jadi wartawan n g interview warga2 Hawa beragama Islam di luar sana, menanyakan
"siapa hero anda?"..
mesti berjebak yang jawab....
"hero saya ialah Anuar Zain!"...
"Rosyam Nor"
"Rosyam tua dah....Jehan Miskin mantop lagi!"
yang baik sikit mesti jawab
"ayah saya!"
"atuk sebelah moyang saya!"
yang lagi dasyat bila ada yang menjawab..
"superman!"
"otomen kuat lagi!!"
"Mr.Muscle!"
er..
okey..stop semua...jngn gaduh2 lagi..
bertukar jadi Cik Biet balik!! iyah!
eh? mana abang Batman? Cik Biet minat dia..
(ops kantoi...)
okey...sekarang ni sapa sebenarnya hero abadi kita??
cer jawab cepat..
anda ada 60 saat..
..
..
..
..
..
tet! masa dah tamat..huhu
sebagai orang Islam yang sejati....anda sepatutnya menjawab
"Nabi Muhammad S.A.W ialah hero saya dan hero umat Islam!"
"Salahuddin al-ayubi!!"
"Saya undi Muhammad Al-Fateh!"
ha...
kenapa?
sebab mereka berjuang hampir berani mati kerana ingin mnyebarkan agama kita yang suci ini...Islam..
Diorang lagi ganas...Guna kuda, alat memanah, baju besi dan pedang je...
Tak guna bom, senapang ni...
setakat senapang anak mamat tu pun boleh,..
dan yang paling penting, semangat jihad mereka tu..
mesti nak juga Islam menang dan musuh kalah
tak takut mati..rileks je bertempur dengan musuh..
bak kata-kata pahlawan Saifullah, Khalid al-Walid setiap kali mahu berperang...
"kami pahlawan ALLAH yang mencintai mati seperti mana kamu (musuh) mencintai hidup"
bila Cik Biet baca kisah-kisah mereka ni,
dengan Cik Biet sekali naik semangat...
fuh! memang dashat!
ada yang sampai Cik Biet menitiskan airmata dek tersentuh jiwa..
mereka memang power la..
hebat macamana pun mereka,
mereka tetap tawaduk ngan Allah..
mereka tetap merendah diri...
semangat tak tengok?? haha..
so kaum Hawa semua...
siapa hero anda sekarang??
P/S: Selain baca buku sal pahlawan2 ni,
Cik Biet juga suka baca buku sal diri Cik Biet gak...haha...
kusyuk tak??
jom sama2 membaca ya...
Nabi dulu semasa menerima wahyu pertamanya, disuruh membaca..=)
(mana Cik Kuch? Cik Biet pun ada adukesyen juga ya [gaya usop]..=p)





0 pengomen berani mati:
Post a Comment