0

Surprise!!!!


SURPRISE!!
EH? ada birthday party eh??
arghhh!! xde maknenya sume tu..
birthday cik Biet dah lama lepas...
apatah lagi birthday Cik Kuch..


Sejak Cik Biet masuk ke matrik Pulau Pinang bulan 5 hari tu, terus Cik Biet takde masa nak update MEDAN DUA JIWA nih,...yela, budak matrik jadual full...hak3 (yeke?). Yang tak tahan, cik Kuch yang sempat menganggur tu xpulak mengimarahkan blog ni...hehehe....(jangan mare yg Cik Kuch..)


Banyak mende yang Cik Biet nak citekan sepanjang duk kat sini tapi iyelah....zibi bizi kang..hik3


Back tu our topic....Apa yang surprise tu? hm.... maksud surprise dalam bahasa melayunya ialah kezutan kejutan. Apa yang terkejutnya? Sebenarnya Cik Biet mengalami kejutan sikit sementara berhijrah ke sana. Antaranya cam biasalah kejutan budaya. Tapi kejutan budya tu xde la effect sangat. Ada yang mencengkam jiwa tapi Cik Biet wat xtau je.


Tapi ada satu kejutan ni yang memang menghantui jiwa sanubari Cik Biet iaitu "KEJUTAN BINATANG".
Ah...saspen je bunyinya tapi inilah REALITINYA!!!


KMPP ni letaknya di tepi sawah. Bila dah namanya tepi sawah mesti la macm2 jenis binatang ada.. Atau lebih tepat lagi, macm2 jenis serangga. Binatang tu bunyi macm besar je. Yang lebih parah, bilik Cik Biet terletak di tingkat paling atas dan menghadap sawah. Awalnya suke la sebab sejuk pemandangan mata dapat tengok sawah tapi bila dah lama, serangga apa tak pernah singgah dalam bilik Cik Biet ni. Sabor je la Cik Biet and the rumate.


Hidup Cik Biet yang memang dah parah ni makin parah apabila berkenalan dengan seekor binatang kecik molek yang bernama SEMUT KAYAP atau nama ganas sikit, kumbang Rove tapi kami panggil nama saintifiknya iaitu CHARLIE.... Nak kenal tak encik Charlie ni macm mana?







Ha....inilah wajah beliau. Tuannya sangat comel, kiut. Sekali tengok macm xde pepe tapi tahukah anda! Si Encik Charlie ini mempunyai bisa yang sangatlah bisa (apa teruknya bahsa aku). Bisa yang terdapat dalam badan beliau, 2 kali lebih bisa daripda bisa ular senduk. Haa....hebat tak?
Hebat tak hebat, nyawa Cik Biet macam nak putus kalau jumpa benda alah ni.


Si Encik Charlie ni suke duduk kat tempat basah yakni di dalam bilik air la. Sepanjang Cik biet kat KMPP, tak pernah Cik Biet dapat mandi dengan tenang sebab adanya menatang ni. Yang paling hairan, makin tinggi satu2 bangunan tu, makin banyak pulak beliau ni. Cik Biet duk tempat paling tinggi so banyak la mende ni. Time beliau membawa family dan buat reunion kat dalam bilik air kitorang, maka kami terpaksa berhijrah membersihkan diri ke tingkat bawah. Kesian kan?


Ada tak yang pernah kena sengat dengan menda alah ni? Jawapannya yes! Dan kesannya sangat menakutkan! mereka yang pernah kena sengat dengan mende ni memang menderita sakit berpanjangan. sampai tahap berair bernanah n so on. Sekali tengok, macam kena simbah asid (nama pun dalam badan beliau tu asid). Itu yang sengat la. Ada je yang dia lalu je atas badan tapi dia rembeskan asidnya. Yang macam tu pun sakit dan gatalnya, hanya ALLAH tahu betapa deritanya org yang kena.


So far, Cik Biet sangt2 bersyukur kerana Cik Biet belum kena lagi dengan mende ni. Cik Biet juga berharap ALLAH sentiasa melindungi Cik Biet dan kawan2 dari terkena sengatan dan asid si Charlie ni. Tapi terus terang Cik Biet nak habaq ni (kuar sudah penang dia..) Cik Biet memang dalam ketakutan sepanjang d sini. Sabar je la.....



Tolong! caye takut!



p/s: lama giler Cik Biet menulis post ni. Cik Biet start dari belum buka pose sampai 
lepas terawikh baru siap. sabor jela...Mood xde...

0 pengomen berani mati:

Post a Comment

Back to Top